SELAMAT DATANG RAMADHAN

Kita sebagai umat Islam, seharusnya mengalu-alukan kedatangan Ramadhan pada setiap tahun, demi mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam hubungan ini, Ubaidah bin al-Samit meriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir tiba, maksudnya :
“Telah datang kepada kamu Ramadhan yang membawa barakah. Allah menyelubungi kamu, lalu Dia menurunkan rahmat serta menghapuskan kesalahan-kesalahan. Allah swt memperkenankan doa dalam bulan ini. Allah juga melihat perlumbaan antara kamu dalam bulan Ramadhan dan menyampaikan kebanggaan-Nya terhadap kamu kepada para malaikat; oleh itu hendaklah kamu membuktikan kebaikan kamu kepada-Nya. Sesungguhnya orang yang celaka itu ialah orang yang dijauhkan atau diharamkan oleh Allah daripada mendapat rahmat-nya.”

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda menjelaskan lagi tentang kemuliaan Ramadhan dengan sabda nya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah. Allah telah memfardukan atas kamu berpuasa padanya, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dikunci padanya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu padanya syaitan-syaitan. Padanya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan kepadanya.” (Riwayat Ahmad, al-Nasai dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a)

Demikianlah antara lain hadis-hadis yang menerangkan tentang kelebihan bulan Ramadhan, bulan untuk membaiki urusan agama dan dunia bagi setiap mukmin dan mukminah, kerana dalam bulan ini, Allah membukakan pitu-pintu rahmat dan keberkatan serta keampunan untuk mereka yang berpuasa dan beramal soleh.

Bookmark this article:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • feedmelinks

No Comments

Leave a reply

Add to Technorati Favorites

Directory of Internet Blogs


Search Engine Optimization and SEO Tools
Work At Home - Earn $1000-$4000 Per Day!

fly.co.uk cheap flights from the uk to the whole world
Cheap Flight Johannesburg
Flights to Sardinia Malaga Flights